PlayStation 4 menguasai pasaran konsol di Eropah

Sony telah mendedahkan bahawa penjualan PlayStation 4 sungguh memberangsangkan di serata Eropah,syarikat itu berkata bahawa konsol ini benar-benar menguasai pasaran konsol di Eropah dengan sehingga 90% bahagian pasaran disesetengah negara. Di semua negara-negara Eropah PlayStation 4 mempunyai syer pasaran yang lebih besar daripada 70% yang sememangnya satu pencapaian luar biasa bagisyarikat tersebut.

Bercakap kepada VG247, Presiden Sony Computer Entertainment Europe, Jim Ryan berkata di serata Eropah PlayStation 4menikmati melebihi 70% pasaran, “kita mengetuai pasaran dengans angat besar,” katanya.

Trend ini telah disaksikan tahun lepas apabila PlayStation 4 telah dapat menjual 2 juta unit di United Kingdom sehingga Mei 2014 berbanding dengan Microsoft Xbox One mengambil hingga November 2014 untuk memecahkan jualan 1 juta unit di negara tersebut.

Microsoft belum lagi berkongsi jumlah jualan global yang tepat bagi Xbox tetapi keputusan kewangan Sony menunjukkan bahawa setakat ini sejak keluaran PlayStation 4 syarikat itu telah berjaya menjual lebih daripada 22.3 juta unit PlayStation 4 di seluruh dunia.

Ryan menolak kemungkinan pemotongan harga, sesuatu yang ramai telah telah jangkakan, mengatakan bahawa “Kami berpuas hati dengan harga dan kami berpuas hati dengan proposisi nilai kami. Pengguna, nampaknya berpuas hati dengan harga dan proposisi nila kamii.Kami akan kekal di mana ianya sekarang. ”

SOSNYA DISINI

The post PlayStation 4 menguasai pasaran konsol di Eropah appeared first on TECHOAIS.COM.