Microsoft mungkin berminat untuk membeli AMD

Microsoft mungkin berminat untuk membeli AMD, menurut satu laporan baru yang memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan yang biasa dengan perkara ini. Microsoft akan mendapat banyak lekebihan dengan memperoleh perniagaan APU AMD , kerana dengan penglibatan syarikat dari Redmond itu dalam segmen permainan konsol. Kedua dua Xbox dan PlayStation 4 menggunakan APU Jaguar dari AMD, dan jika Microsoft membeli AMD, Sony akan mengeluarkan sejumlah besar wang kepada Microsoft untuk setiap PlayStation yang dijual. Sony boleh menghasikan cipnya dengan sendiri, tetapi ini bermakna perlu mereka APU yang baru dari kosong.

Microsoft bukan satu-satunya syarikat yang dikhabarkan akan bercadang untuk pemerolehi AMD. Qualcomm juga dikatakan berminat, penjual cip telefon bimbit tersebut dikatakan berminat dalam perniagaan server AMD. Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm Steve Mollenkopf menyatakan bahawa mereka sedang mencari cara untuk meningkatkan usahanya dalam segmen server melalui penggabungan atau pengambilalihan, dan AMD adalah salah satu kemungkinan yang Qualcomm boleh perolehi pada peringkat ini.

Samsung adalah juga disebut sebagai syarikat yang akan tertarik untuk mendapatkan CPU dan GPU AMD untuk mencabar Qualcomm dan Intel. Nilai pasaran semasa AMD ialah $2 bilion adalah cukup rendah untuk ketiga-tiga organisasi yang disenaraikan di atas, untuk diperloleh menggunakan rizab tunai mereka. Microsoft mempunyai $93 bilion dalam bentuk tunai, Qualcomm mempunyai lebih dari $12 bilion dan Samsung mempunyai 66 billion dalam rizab tunai. Walau bagaimanapun, memandangkan jenis portfolio perlesenan di AMD, akan ada halangan undang-undang yang penting sebelum mana-mana perjanjian akan termeterai.

SOS CILI

The post Microsoft mungkin berminat untuk membeli AMD appeared first on TECHOAIS.COM.

PlayStation 4 menguasai pasaran konsol di Eropah

Sony telah mendedahkan bahawa penjualan PlayStation 4 sungguh memberangsangkan di serata Eropah,syarikat itu berkata bahawa konsol ini benar-benar menguasai pasaran konsol di Eropah dengan sehingga 90% bahagian pasaran disesetengah negara. Di semua negara-negara Eropah PlayStation 4 mempunyai syer pasaran yang lebih besar daripada 70% yang sememangnya satu pencapaian luar biasa bagisyarikat tersebut.

Bercakap kepada VG247, Presiden Sony Computer Entertainment Europe, Jim Ryan berkata di serata Eropah PlayStation 4menikmati melebihi 70% pasaran, “kita mengetuai pasaran dengans angat besar,” katanya.

Trend ini telah disaksikan tahun lepas apabila PlayStation 4 telah dapat menjual 2 juta unit di United Kingdom sehingga Mei 2014 berbanding dengan Microsoft Xbox One mengambil hingga November 2014 untuk memecahkan jualan 1 juta unit di negara tersebut.

Microsoft belum lagi berkongsi jumlah jualan global yang tepat bagi Xbox tetapi keputusan kewangan Sony menunjukkan bahawa setakat ini sejak keluaran PlayStation 4 syarikat itu telah berjaya menjual lebih daripada 22.3 juta unit PlayStation 4 di seluruh dunia.

Ryan menolak kemungkinan pemotongan harga, sesuatu yang ramai telah telah jangkakan, mengatakan bahawa “Kami berpuas hati dengan harga dan kami berpuas hati dengan proposisi nilai kami. Pengguna, nampaknya berpuas hati dengan harga dan proposisi nila kamii.Kami akan kekal di mana ianya sekarang. ”

SOSNYA DISINI

The post PlayStation 4 menguasai pasaran konsol di Eropah appeared first on TECHOAIS.COM.