OnePlus Telah Mengesahkan OnePlus 2 Akan Mempunyai Sokongan Cap Jari

CIrt38iWsAAONwb

OnePlus kini semakin kerap memberikan kita sebarang perkembangan terkini tentang peranti telefon pintar baru mereka OnePlus 2, dan hari ini mereka mengumumkan secara rasmi bahawa ianya akan mempunyai sokongan pengesan cap jari.

Sebelum ini ia hanya sebuah khabar angin sahaja dari beberapa perbualan dalam forum teknologi sahaja, dan hari ini kita telah mendapat kepastian tentang perkara itu. Dan setakat ini, maklumat yang kita telah kumpul tentang model telefon pintar itu adalah ianya akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 810, sambungan USB jenis C untuk mengecas dan berhubung, mungkin harganya akan diumum sekitar $USD 322, iaitu bersamaan RM1,210 pada masa artikel ini ditulis, dan majlis pelancaran mereka akan menggunakan realiti maya pada tarikh 27 Julai ini.

Apple telah lama menyokong fungsi mengesan cap jari ini pada peranti dengan sistem Touch ID mereka. Dan dengan pelancaran sistem operasi Android M yang lepas, Google telah membuka ruang kepada para pembangun peranti untuk menggunakan pengesan cap jari itu pada produk peranti mereka. Samsung telah melakukannya, Google pasti dengan model baru Nexus akan datang.

oneplus-two

The post OnePlus Telah Mengesahkan OnePlus 2 Akan Mempunyai Sokongan Cap Jari appeared first on TECHOAIS.COM.