Google Membawakan Emoji Yang Baru Dan Beratus Tema Yang Boleh Diubahsuai Pada Gmail

extra-theme-options-660

Google hari ini mengumumkan bahawa servis Gmail mereka kini telah mempunyai beratus jenis tema, termasuklah dengan foto berkualiti tinggi yang telah dimuat naik oleh pengguna Google, dan pelbagai emoji yang baru.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh memuat naik imej kegemaran anda, dan terdapat beberapa fungsi untuk mengubah suai tema, dengan pilihan seperti blur, vignette, dan background teks, supaya ianya boleh diubah kepada paparan yang tepat dengan pilihan anda.

Google tidak menyenaraikan segala emoji yang mereka telah masukkan, namun ianya sama dengan emoji yang anda boleh pilihkan dalam aplikasi Hangout.

gmail-new-emoji

Menurut kenyataan dari pihak Google, segala kemaskini ini akan tiba pada Gmail dalam beberapa hari sahaja lagi.

extra-theme-options

The post Google Membawakan Emoji Yang Baru Dan Beratus Tema Yang Boleh Diubahsuai Pada Gmail appeared first on TECHOAIS.COM.