Sebuah Video Tertiris Memaparkan Rekabentuk Penuh Model Telefon Pintar Galaxy A8

Screenshot-2015-07-01-01.06.29

Samsung masih belum mengumumkan lagi tentang peranti mereka yang sedang hangat dibangunkan ketika ini iaitu Galaxy A8. Namun terdapat sebuah video dari sumber TENAA, sebuah syarikat telekom di China yang menunjukkan kesemua arah rekabentuk yang dikatakan model peranti tersebut.

Menurut dari apa yang ditunjukkan dalam video ini serta maklumat yang kami terima sebelum ini, telefon pintar Galaxy A8 ini akan kelihatan hampir serupa seperti model generasi sebelumnya, Galaxy A7. Dibina dengan kerangka logam, skrin bersaiz 5.7 inci dengan resolusi 1,080 x 1,920 piksel, cip pemproses Qualcomm Snapdragon 615 SoC, storan dalaman 16GB yang boleh ditambah luas lagi, RAM 2GB, kamera pandangan belakang 16 megapiksel, bateri berkapasiti 3,050 mAh, dan menjalankan sistem operasi Android versi 5.1 Lollipop.

Kami tidak pasti samada model ini akan dilancarkan pada pasaran antarbangsa atau tidak, namun yang pastinya negara China dahulu akan menjadi negara pertama ia dilancarkan kelak. Lihat pada video dibawah yang kami telah sediakan.

Sumber Imej: Softpedia

Sumber Imej: Softpedia

The post Sebuah Video Tertiris Memaparkan Rekabentuk Penuh Model Telefon Pintar Galaxy A8 appeared first on TECHOAIS.COM.