Kemaskini iOS Versi 8.4 Dengan Aplikasi Apple Music Kini Boleh Dimuat Turun

new-music-app-ios84

Servis Apple Music kini sudah bermula, langganan servis muzik sudah boleh didapati dalam kemaskini iOS versi 8.4 untuk peranti jenis iPhone dan iPad. Walaupun terdapat beberapa penambah-baikan didalamnya, namun yang menjadi keutamaan adalah pelancaran Apple Music.

Aplikasi yang anda lihat itu sebenarnya adalah aplikasi muzik yang memang sudah terdapat dalam iOS sebelum ini, namun Apple telah mengubahnya untuk fokus sebagai servis muzik strim kini. Ia merupakan satu titik kejayaan yang besar untuk Apple, kerana mereka ingin mengambil semula takhta sebagai pelopor muzik digital seluruh dunia.

Bersama-sama dengan pelancaran Apple Music tersebut, pelanggan boleh menikmati radio muzik Beats 1 yang sepatutnya sudah boleh dimainkan ketika ini. Kepada pembaca kami yang telah mencubanya, kongsikan kepada kami pengalaman Apple Music anda dalam ruangan komen dibawah. Beritahu apakah yang anda suka, dan apakah perkara yang anda ingin lihat Apple boleh perbaiki selepas ini.

ios-8-4-beta-2-iphone6-hero

The post Kemaskini iOS Versi 8.4 Dengan Aplikasi Apple Music Kini Boleh Dimuat Turun appeared first on TECHOAIS.COM.

Apple Telah Melepaskan Kemaskini iTunes 12.2 Dengan Apple Music Serta Stesen Radio Beats 1

itunes-apple-music

Apple telah melepaskan kemaskini perisian iTunes versi 12.2 untuk semua pengguna OS X Yosemite hari ini, berserta dengan servis muzik Apple Music. Dilancarkan bersama dengan kemaskini iOS versi 8.4, Apple Music membolehkan pengguna mendengar muzik permintaan mereka, membuat senarai lagu, cari muzik yang bersesuaian dengan aktiviti, dan pelbagai lagi.

Apple Music diiringi dengan Apple Music Connect sebagai platform laman sosial untuk pencarian artis, dan radio Beats 1 yang beroperasi 24 jam setiap hari seluruh dunia.

iTunes versi 12.2 boleh dimuat turun oleh pengguna Mac dari Mac App Store, dan pengguna Windows juga akan mendapat kemaskini iTunes yang sama dalam sistem operasi mereka.

mac-apple-music-radio

Apple Music dalam iTunes 12.2 membawakan beberapa penambahan seksyen baru dalam aplikasi, termasuklah “For You” yang mencadangkan muzik dari artis yang mungkin anda akan minati, berdasarkan penetapan jenis muzik yang anda telah letakkan, dan seksyen “New” untuk mendengar muzik yang baru dan menjadi trend masakini.

Terdapat juga seksyen Apple Music Connect, sebuah cara baru pengguna boleh membaca status terkini artis kegemaran mereka, berserta foto, video, dan pelbagai lagi. Manakala seksyen radio pula, pengguna boleh mendengar stesen radio Beats 1, dan pelbagai stesen-stesen radio yang lain, diuruskan oleh mereka yang berpengalaman dalam industri muzik dan artis.

iTunes 12.2 merupakan kemaskini kedua bagi iTunes versi 12 untuk sistem operasi OS X Yosemite, dimana versi 12.1 sebelum ini membawakan widget iTunes untuk pusat notifikasi, dan penambah-baikan prestasi.

screen-shot-2015-06-30-at-6-20-09-pm

The post Apple Telah Melepaskan Kemaskini iTunes 12.2 Dengan Apple Music Serta Stesen Radio Beats 1 appeared first on TECHOAIS.COM.