Konsep Rekabentuk Grafik Moto G Keluaran Tahun 2015 Telah Diperlihatkan

Untitled-2

Model telefon pintar Moto G mungkin akan dilancarkan sekali dengan Moto X pada beberapa bulan akan datang. Pada beberapa minggu yang lepas, telah tersebar imej yang dikatakan peranti tersebut, namun imejnya tidak berapa jelas. Hari ini, laman web TechnoBuffalo telah menghasilkan grafik yang jelas tentang rekabentuk keseluruhan model telefon Moto G tersebut.

Menurut maklumat yang kami terima awal, Moto G akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 410, saiz skrin 5.1 inci, RAM 1GB, storan dalaman 8GB dengan slot kad mikro SD, kamera pandangan belakang 13 megapiksel, kamera pandangan hadapan 5 megapiksel, dan radio LTE.

Moto G
Moto G
Moto G
Moto G

Pada awal bulan lepas (Ogos 2015), seorang pengguna telah berkongsikan imej yang beliau terima dari sebuah laman forum China yang kelihatan sama dengan imej diatas. Dalam imej tersebut, peranti itu mempunyai nama siri XT1453, menjalankan sistem operasi Android versi 5.1.1 Lollipop, dan mempunyai bentuk wallpaper dan ikon aplikasi mesej yang sama seperti diatas.

Apapun, tiada yang rasmi selagi mana syarikat tidak mengumumkannya secara rasmi.

Sumber: TechnoBuffalo

Moto-G_PackDyn_NA_EN_CMYK

The post Konsep Rekabentuk Grafik Moto G Keluaran Tahun 2015 Telah Diperlihatkan appeared first on TECHOAIS.COM.