Gaji di Singapura tidak dikenakan cukai

Pendapatan dari Singapura tidak dikenakan cukai

Pendapatan yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) adalah pendapatan berpunca daripada Malaysia seperti punca perniagaan atau penggajian.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, pendapatan yang diterima dari Singapura yang berpunca daripada penggajian dilakukan di negara tersebut, tidak dikenakan cukai di negara ini.

Beliau malah memberitahu, punca pendapatan tersebut bukan berpunca daripada penggajian yang dilakukan di negara ini.

Menurutnya, bagi individu yang menetap di Malaysia melebihi tempoh 183 hari, individu tersebut dianggap mempunyai status pemastautin bagi maksud percukaian di Malaysia di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Walau bagaimanapun, sekiranya individu ini tidak menerima apa-apa pendapatan berpunca dari Malaysia dan hanya menerima pendapatan penggajian dari Singapura, maka individu tersebut masih lagi tidak dikenakan cukai di negara ini.

“Status permastautin seseorang individu di Malaysia tidak akan menyebabkan semua pendapatan yang diterima itu secara automatik tertakluk kepada undang undang percukaian di Malaysia” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau selain itu, sebarang punca pendapatan daripada luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia juga adalah dikecualikan cukai di bawah Perenggan 28,Jadual 6, ACP 1967.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa cina hari ini yang menimbulkan kekeliruan berhubung pendapatan diterima dari Singapura dan asas penentuan status pemastautin bagi maksud pengenaan cukai pendapatan.

 


Sumber: Utusan Online


 

The post Gaji di Singapura tidak dikenakan cukai appeared first on SME Niaga.

Read more at: https://smeniaga.com

Perbezaan Pendapatan dan Jualan

Apakah perbezaan antara Jualan dan Pendapatan? ramai antara peniaga kecil merasakan bahawa ia adalah perkara yang sama. Dimana, ada jualan dan itulah pendapatan.

Secara ringkas:

  1. Pendapatan adalah gabungan semua aliran jualan dan bukan jualan.
  2. Jualan adalah penjanaan pendapatan dari produk atau perkhidmatan anda.

Sebagai contoh, anda menerima wang melalui penjualan produk atau servis yang bernilai RM 1000 (satu ribu). Anda juga menerima wang bantuan seperti geran dari kerajaan atau pelabur sebanyak RM 5000 (lima ribu).

Jualan anda adalah RM 1000 (satu ribu).
Pendapatan anda adalah RM 15000 (lima belas ribu).

Semoga penulisan ini bermanfaat. Sila cuba System UrusNiaga dalam operasi perniagaan anda. https://urusniaga.my

 

 

Read more at: https://urusniagasme.wordpress.com/